Aliran Proses


PEMILIHAN PENEMPATAN SISTEM EHOUSEMEN BAGI PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43 LANTIKAN TETAP TAHUN 2023
  • Sistem Fasa 1 hanya terbuka kepada pegawai lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 sahaja dan akan dibuka mulai jam 12.00 tengah hari, 9 Jun 2023 (Jumaat) hingga 11.59 malam, 11 Jun 2023 (Ahad) untuk pilihan penempatan bagi Pegawai Perubatan UD43 yang berjaya temuduga lantikan tetap tahun 2023 (Fasa 1).

  • Sistem Fasa 2 hanya terbuka kepada pegawai lantikan kontrak tahun 2018 sahaja dan akan dibuka mulai jam 12.00 tengah hari, 12 Jun 2023 (Isnin) hingga 11.59 malam, 14 Jun 2023 (Rabu) untuk pilihan penempatan bagi Pegawai Perubatan UD43 yang berjaya temuduga lantikan tetap tahun 2023 (Fasa 2). 

  • Sistem Fasa 3 hanya terbuka kepada pegawai lantikan kontrak bilangan 1/2019 (25 Februari 2019) dan bilangan 2/2019 (22 April 2019) sahaja dan akan dibuka mulai jam 12.00 tengah hari, 15 Jun 2023 (Khamis) hingga 11.59 malam, 17 Jun 2023 (Sabtu) untuk pilihan penempatan bagi Pegawai Perubatan UD43 yang berjaya temuduga lantikan tetap tahun 2023 (Fasa 3). 

  • Sistem Fasa 4 hanya terbuka kepada pegawai lantikan kontrak bilangan 3/2019 (24 Jun 2019) dan bilangan 4/2019 (19 Ogos 2019) sahaja dan akan dibuka mulai jam 12.00 tengah hari, 19 Jun 2023 (Isnin) hingga 11.59 malam, 21 Jun 2023 (Rabu) untuk pilihan penempatan bagi Pegawai Perubatan UD43 yang berjaya temuduga lantikan tetap tahun 2023 (Fasa 4). 

  • Sistem Fasa 5 hanya terbuka kepada pegawai lantikan kontrak bilangan 5/2019 (7 Oktober 2019) dan bilangan 6/2019 (11 November 2019) sahaja dan akan dibuka mulai jam 12.00 tengah hari, 22 Jun 2023 (Khamis) hingga 11.59 malam, 24 Jun 2023 (Sabtu) untuk pilihan penempatan bagi Pegawai Perubatan UD43 yang berjaya temuduga lantikan tetap tahun 2023 (Fasa 5). 

  • Pegawai-pegawai yang layak membuat pemilihan penempatan akan menerima notifikasi emel daripada pihak pentadbir sistem mulai 31 Mei 2023.
  • Pegawai adalah diwajibkan untuk membuat pilihan penempatan. Sebarang kegagalan untuk membuat pilihan penempatan akan menyebabkan tawaran lantikan tetap terbatal.
  • Tarikh lantikan tetap tuan/puan adalah pada tarikh tuan/puan melaporkan diri bertugas di fasiliti.  Tarikh lapor diri akan ditetapkan kelak.
  • Sebarang permohonan penangguhan lapor diri bertugas adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan baharu pegawai. Penangguhan lapor diri akan memberi implikasi kepada tarikh kuat kuasa pelantikan tetap.
  • Pelantikan tetap pegawai akan terbatal sekiranya pegawai tidak melapor diri bertugas kepada Ketua Jabatan baharu pada tarikh yang ditetapkan.
  • Sila pastikan tuan/puan telah membuat pengesahan penempatan dan mencetak slip paparan keputusan untuk simpanan.

  • Bagi calon pelantikan kontrak Pegawai Perubatan Siswazah UD41 Bilangan 3 Tahun 2023, tarikh lapor diri pegawai adalah pada 25 Jun 2023/ 26 Jun 2023 dan pegawai diminta untuk menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) terlebih dahulu mulai 19 Jun 2023. Urusan ke PTM akan dibuat melalui emel kepada calon sebelum 19 Jun 2023.

Sila klik Log Masuk untuk meneruskan permohonan ini.
Sekiranya anda masih belum pernah menggunakan sistem ini. Sila klik Pendaftaran Baru untuk meneruskan Permohonan anda.
Untuk makluman tuan/puan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperoleh pensijilan MS ISO 37001 Anti Bribery Management System (ABMS). Sila scan kod QR di bawah untuk rujukan. Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk membaca, memahami dan mematuhi Polisi Anti Rasuah.
Aliran Proses
Sebarang pertanyaan/cadangan, sila hubungi Bahagian Sumber Manusia ditalian/ emel berikut :-

(i) Urusan Housemanship (03-8883 2735/2805 atau bsm@moh.gov.my)
(ii) Urusan lantikan semula/lantikan tetap (03-8883 2785/2809 atau bsmlantikan@moh.gov.my)