Aliran Proses


PELARASAN GRED PEGAWAI PERUBATAN (KONTRAK) DARI GRED UD41 KE GRED UD43
PELAKSANAAN PELARASAN GRED PEGAWAI PERUBATAN (KONTRAK) DARI GRED UD41 KE GRED UD43 BERASASKAN KESETARAAN LALUAN KERJAYA PEGAWAI TETAP DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Pegawai Perubatan kontrak Gred UD41 di KKM yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak untuk menerima pelarasan gred daripada Gred UD41 kepada Gred UD43 :
  1. (i) menamatkan latihan siswazah dengan jayanya;
  2. (ii) mendapat pendaftaran penuh Majlis Perubatan Malaysia; dan
  3. (iii)menggenapkan tempoh dua (2) tahun perkhidmatan kontrak.

Urusan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tarikh lantikan melalui sistem e-Housemen. Pegawai yang terlibat akan menerima e-mel pemakluman mengenai sesi muat turun dokumen pelarasan pada hari sistem dibuka dan dokumen tersebut hendaklah dimuat turun oleh pegawai dalam tempoh yang ditetapkan. Jadual sesi muat turun dokumen pelarasan Gred UD41 kepada Gred UD43 adalah seperti berikut:

Bil Tarikh lantikan *Sesi muat turun dokumen
1 Bil. 1 Tahun 2016 (5.12.2016) 25.2.2021 (Khamis) jam 12 tengah hari hingga 28.2.2021 (Ahad)
2 Bil. 1 Tahun 2017 (20.2.2017) 1.3.2021 (Isnin) jam 12 tengah hari hingga 3.3.2021 (Rabu)
3 Bil. 2 Tahun 2017 (15.5.2017) 4.3.2021 (Khamis) jam 12 tengah hari hingga 8.3.2021 (Isnin)
4 Bil. 3 Tahun 2017 (17.7.2017) 18.3.2021 (Khamis) jam 12 tengah hari hingga 23.3.2021 (Selasa)
5 Bil. 2 Tahun 2018 (9.4.2018) 1.4.2021 (Khamis) jam 12 tengah hari hingga 6.4.2021 (Selasa)
6 Bil. 4 Tahun 2017 (25.9.2017) 6.4.2021 (Selasa) jam 12 tengah hari hingga 11.4.2021 (Ahad)
7 Bil. 5 Tahun 2017 (23.10.2017) 12.4.2021 (Isnin) jam 2 petang hingga 14.4.2021 (Rabu)
8 Bil. 6 Tahun 2017 (20.11.2017) 19.4.2021 (Isnin) jam 12 tengah hari hingga 25.4.2021 (Ahad)
9 Bil. 1 Tahun 2018 (19.2.2018) 26.4.2021 (Isnin) jam 12 tengah hari hingga 2.5.2021 (Ahad)

*Sesi muat turun ini adalah tertakluk kepada ketersediaan sistem e-Housemen ketika itu. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pegawai.

Pemakluman mengenai tawaran pelantikan secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD43 bagi lantikan Bil. 3 Tahun 2018 (25.6.2018) dan seterusnya akan dimaklumkan kemudian oleh KKM secara berperingkat.

Tawaran pelantikan ini adalah tertakluk kepada apa-apa semakan terma dan syarat perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Tawaran pelantikan ini juga adalah terbatal sekiranya berlaku peletakan jawatan, penamatan kontrak atau isu tatakelakuan semasa tempoh kontrak terdahulu.

Sila klik Log Masuk untuk meneruskan permohonan ini.
Sekiranya anda masih belum pernah menggunakan sistem ini. Sila klik Pendaftaran Baru untuk meneruskan Permohonan anda.
Untuk makluman tuan/puan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperoleh pensijilan MS ISO 37001 Anti Bribery Management System (ABMS). Sila scan kod QR di bawah untuk rujukan. Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk membaca, memahami dan mematuhi Polisi Anti Rasuah.
Aliran Proses
Sebarang pertanyaan/cadangan, sila hubungi Bahagian Sumber Manusia ditalian/ emel berikut :-

(i) Urusan Housemanship (03-8883 2735/2805 atau bsm@moh.gov.my)
(ii) Urusan lantikan semula/lantikan tetap (03-8883 2785/2809 atau bsmlantikan@moh.gov.my)
URL Counter
Web Tracker